Wednesday 10 August 2011

Dilemma. Bersalah Pada Mama.

Sedang asyik dibuai mimpi, telefonku berdering. 
"haish kacau betullah." aku mengomel.
kulihat nombor itu, tidak kukenal.
tiada dalam senarai Contacts. 
deringan itu tidak kuendahkan.
malas. salah nombor barangkali.
muka ditekup kembali kebantal empuk.

*senyap*

Sony Ericcson burukku berbunyi lagi.
kali ini lebih nyaring. lebih annoying.
aku jadi curiga. curiosity melanda.
siapa pula lah agaknya.

*angkat phone* "Hello Assalamualaikum. siapa ni?"

"ni ____(nama)____ ke?"

*berkerut dahi. macamana dia tahu ni* dalam hati, mungkin kawan lama kot. suara dah lain agaknya. kubuat andaian sendiri. 

"saya Shah dari Akademi Memandu Melati"

whaaat? bulat mataku terima panggilan itu. :O

"haritu dah ambil JPJ Test kan? tapi gagal kan?"

dah tahu buat apa tanyaa. hatiku geram. teringat peristiwa pahit itu :| bukan sekali, tapi dua kali gagal. siapa tak kecewa. siapa  tak malu.

"awak nak sambung tak ni? saya boleh arrange JPJ test untuk awak lepas raya ni"
"rugi tak sambung ni. awak dah bayar banyak. tinggal nak JPJ test je lagi."

"ibarat awak mendaki gunung, awak dah nak sampai puncak dah. tak sayang ke dah daki penat penat?" dia menambah. eh pandai pulak abang ni cakap eh. aku senyum je. ada benarnya apa dia cakap tu.

*setelah ditanya macam macam*

"hmm tak apa nanti saya call semula, bagi jawapan." aku menjawab. terasa dibrainwashed kejap.

*phone diletakkan*

habis hilang mengantukku. habis punah mimpiku. 
kini aku dalam dilemma. 
patutkah aku meneruskan? ambil je JPJ tu? 
masalahnya disini bukan aku tak mahu. tapi aku takut. ya aku penakut.
itulah punca aku gagal test itu.

tapi kalau tak ambil sekarang. bila lagi?
nak tunggu habis belajar nanti?
nanti kena repeat the whole procedure.
plus sangatlah membazir. abah dah bayar banyak.

ya Allah bantu aku.
ampunkan aku.
sebab aku tak berlesen, mama yang harus hantar dan jemput adik dari sekolah.
sebab aku tak berlesen, nak kemana mana harus mengharap bantuan orang.
sebab aku tak berlesen, semua mama harus urus sendiri.

sungguh aku rasa bersalah.
sungguh aku rasa seperti derhaka.
tak dapat berbakti pada abah dan mama.
hanya kerana lesen kereta!

No comments:

Post a Comment