Monday 29 August 2011

Maafkan aku teman..


orang sering berkata..
kau siapa..berlagak alim pula..
macamlah kau tak pernah berdosa..
amal sendiri pun tak terjaga..
iman sendiri bergolak juga..
tak perlu memberi nasihat semua..
aku tahulah nak buat macammana..

ya aku sedar aku siapa..
tak pernah lepas dari dosa..
sering lupa bersyukur padaNya..
kadang bicaraku tersalah jua..
hatiku juga lemah mudah terasa..

bila aku menasihatimu..
bukan aku membencimu..
bukan aku mahu memalukanmu..
tapi aku menyayangimu..
dan itu memang menjadi tanggungjawabku..
aku tak mahu kau terus lena dibuai nafsu..
aku tak mahu kau selesa dengan jahiliyyah itu..
juga aku tak mahu kau ke neraka keranaku..

maafkan aku teman..
andai hati kau terluka saat nasihat diberikan..
andai kau terasa dipermalukan..

sebenarnya wahai teman..
bukan mudah bagiku melaksanakan..
berat dihati ini Allah saja yang merasakan..
aku juga punya hati dan perasaan..
tapi demi redha Allah aku gagahkan..

aku sedar semua ini cuma ujian..
aku sedar jalan dakwah itu bukan sembarangan..
amanah dari Allah mesti aku turutkan..
sudah tertulis dalam Al Quran..
sesungguhnya Allah bersama orang beriman..
janji Allah itu pasti dikotakan..


Saturday 27 August 2011

Ramadhan Jangan Tinggalkan Aku..


Ramadhan jangan tinggalkan aku..
mengapa cepat sekali masa berlalu..
sedikit kesal terbit diqalbu..
keluh aku dimalam sepiMu..
kerna masih belum cukup amal amalku..

Ramadhan jangan tinggalkan aku..
engkau singgah sekejap cuma..
kedatanganmu selalu dinanti semua..
hanya bagi yang mengerti luas rahmatNya..

tapi aku bagai terlupa..
masa dibiar pergi begitu saja..
hari diisi perkara lagha..
Lailatul QadrMu dapatkah aku merasa..
iman didada tak tahu bagaimana..
taqwa pula entah ditingkat berapa..
astaghfirullah..

Ramadhan jangan tinggalkan aku..
aidilfitri sudah lama dinanti..
semua sibuk persiapkan diri..
monolog aku didalam hati..
layakkah aku menyambutnya nanti?
bagaimana jika ini Ramadhan terakhirmu wahai diri?
malu aku menghadapMu ya Rabbi..

ya Allah..
jadikan Ramadhanku ini lebih baik dari sebelumnya..
semoga lipatganda amalku tidak terhenti di Ramadhan saja..


Monday 22 August 2011

Tika Jasad Duduk Berbicara Dengan Hati

Tika jasad duduk berbicara dengan hati..

terkenang dosa dosa lalu.
sisa kejahilan dulu, saat hati gelap itu.
saat dunia lebih menarik minatku.

saat Al Quran dibaca cuma waktu tertentu.
saat alunan muzik lebih menenangkan hatiku.
saat suruhan Allah bagai cuma angin lalu.
tiada takut yang menyinggah, tiada gentar yang berlabuh.
bagai terlupa Izrail kan datang menjemputku.
bagai terlupa pedihnya azabMu.  

terkenang tabarrujku, ikhtilat itu.
semua dilaku tanpa sekelumit malu.
dan semua itu menjauhkan aku dariMu.

pasti Kau kecewa. pasti Kau murka.
tapi Kau tetap beri nikmatMu padaku.
tapi Kau tetap selalu ada untukku.
tapi Kau tetap mengharap ampunan dari hambaMu.

aku cuma hamba hina. yang terlalu banyak dosa.
yang hanya celik dimata tapi dihati buta.
maafkan aku yaAllah!

syukur aku padaMu
Kau campakkan sinar Hidayah itu
Kau temukan bahagia ketenangan itu.
Kau beri sahabat yang memahami qalbu.
mentarbiyah diriku. melembutkan hatiku.
menyedarkan aku. menguatkan aku.
membuat aku mahu perbaiki cara hidupku.

semoga aku terus bertahan. istiqamah. bukan mudah mahu berubah. terlalu banyak ujiannya. sering saja ada bisikan yang menghasut agar kembali ke lembah jahil itu lagi. bantulah aku ya Allah..

Wahai ukhti

Wahai ukhti yang disayangi,
silalah jaga hati.
pagari ia tinggi-tinggi.
jangan biar ia dicerobohi.
oleh rasa yang datang tanpa disedari.
oleh insan bernama lelaki.

Wahai ukhti yang disayangi,
jangan mudah memberi hati.
jangan mudah mengungkap janji.
jangan murahkan harga diri.
pada dia yang bernama lelaki.

Ketahuilah wahai ukhti,
kelak kamu yang makan hati.
kelak kamu yang merana sendiri.
kerana rasa itu tidak diredhai Illahi.
kerana rasa itu cuma dibalut nafsu hati.

Wahai ukhti yag disayangi,
jadilah seperti Khadijah.
cintanya agung, isteri kesayangan Rasulullah.
jadilah seperti Aisyah,
isteri yang bijak, pendamping setia Rasulullah.
jadilah seperti Fatimah,
rasa cintanya terhadap Ali dirahsia, hingga mereka disatukan oleh Allah.


Saturday 20 August 2011

Pesanan Buat Diri


Wahai diri,

ramadhan sudah masuk fasa ketiga.

siapa tahu malam ini malam yang ditunggu tunggu.

siapa tahu malam ini malam yang lebih baik dari 1000 bulan itu.

jadi banyakkanlah ibadahmu.


Wahai diri,

bermunajatlah padaNya.

sujudlah disaat semua sedang lena.

sesungguhnya saat sujud itu saat kau paling dekat denganNya.


Wahai diri,

bacalah kalam suci Allah itu. hayati. ambil intipati.

bukan baca membuta tuli. tiada terkesan dihati.


Menangislah wahai diri,

mohon ampun atas dosa dosamu.

biar basah sejadahmu. lepaskan semua didadamu.

sesungguhnya Allah itu Al Ghaffar, maha pengampun.


Wahai diri,

lakukanlah seikhlasmu. lakukan sehabis usahamu.

ibarat ia malam terakhirmu.

pasti kau merasai ketenangan maksima.

kerna tiada hati yang tenang melainkan hati yang mengingatiNya.

pasti kau merasa nikmatnya ibadah.

kerna saat itu kau miliki nikmat kemanisan iman kurniaan Allah. :')

Friday 19 August 2011

Kualiti Tarbiyah


Bagaimanakah mahu memastikan tarbiyah yang kita dapat berkualiti nilainya? Adakah perlu dilihat pada bilangan yang mengikutinya atau gah namanya? Atau mungkin dilihat pada hebat ketuanya?

Tarbiyah berkadar langsung dengan kualiti peribadi muslim seseorang. Semakin bagus tarbiyahnya, semakin berkualiti manusia yang terhasil daripada acuan tarbiyah itu sendiri. Namun, bagaimana mahu melihati dan meyakini ia adalah berkualiti? Berikut adalah beberapa ciri yang saya mampu senaraikan mengikut pengalaman.

Berpandukan Al-quran dan hadith

Ini adalah aspek yang sangat penting dalam mengikuti sesuatu proses tarbiyah. Ini juga menentukan sesuatu tarbiyah itu berada di jalan yang lurus atau terpesong. Hasil daripada tarbiyah ini bukan sahaja menjadikan peserta tarbiyah mengetahui banyak hal tentang Al-Quran dan hadith, namun semakin dekat dengan Al-Quran. Hidupnya dilazimi dengan kalam-kalam Allah ini. Hatinya semakin merasa cinta akan surat cinta Allah ini. Jiwanya merasa tenang saat mendengar alunan bait-bait indah kalamullah ini.

Dia tidak akan tergerak hati untuk mencari sesuatu hiburan lain yang lebih indah daripada hiburan membaca Al-Quran tika masa lapang menjengahnya. Langkahnya mencuba yang terdaya untuk mengamalkan apa yang diperintahkan Al-Quran. Penghayatannya terus menerus tanpa kenal erti puas. Hadith-hadith yang didengari acap kali dan dipelajari sepanjang tempoh tarbiyah membuat dia boleh membezakan antara hadith sahih, palsu atau dhaif. Inilah nilai tarbiyah berkualiti yang meresap dalam diri 
seorang hamba yang mengikuti tarbiyah!


Berupaya menampung ahlinya

Peranan murobiyah begitu penting untuk memastikan tarbiyah berupaya menampung ahlinya. Jika murobiyah tidak mengambil berat akan permasalahan dan apa yang berlaku pada mutorobbiyahnya, maka tarbiyah mungkin akan terhenti setakat itu sahaja. Keberkesanan tarbiyah bergantung pada murobbiyah, untuk memastikan proses tarbiyah berlangsung berterusan. Namun, jika tidak berterusan, itu mungkin salah mutorobbiyah sendiri yang tidak komited terhadap tarbiyah.

Tarbiyah yang mampu menampung ahlinya adalah tarbiyah yang sentiasa mengetahui setiap perkembangan ahlinya walaupun ahlinya banyak atau sedikit. Setiap inci yang berlaku diketahui oleh management tarbiyah. Ini samada dari segi masalah peribadi, keluarga atau perpindahan tempat yang berlaku pada mutorobiyah. Segalanya diketahui dengan baik agar mudah untuk menyelesaikan masalahnya. Sekalipun terdapat ahli yang menyambung pelajaran atau bekerja di tempat lain, murobbiyahnya akan sedaya upaya mencari jalan agar tarbiyah tetap berlangsung pada mutorobbiyahnya.

Medan beramal

Jika sudah ditarbiyah, tetapi masih tidak mampu menjaga ikhtilat, aurat, ibadah seharian atau berdakwah maka seseorang ahli itu tidak lain tidak bukan hanyalah penumpang tarbiyah. Hanya menjadikan tarbiyah sebagai pengisi masa lapang dan ketika diri kekosongan. Terdapat ramai orang yang mengaku ditarbiyah tetapi masih melayanmovies, lagu dan games lagho dengan alasan untuk merelease tension atau dengan kata lain tidak apa melakukannya selagi tidak mengabaikan perintah Allah. Adakah ini yang dikatakan tarbiyah berjaya mengubah seseorang yang jahil kepada seseorang yang berilmu? Adakah kalian tidak mentadabbur surah Al-Mukminun(23): 1-3 ?

" Beruntunglah ( berjayalah) orang mukmin itu, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya dan orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang tidak berguna."

Kepada dai'e di luar sana yang masih melakukan aktiviti lagho dan sia-sia, cepatlah bertindak. Kerana jika kalian yang faham agama boleh hanyut dengan perang pemikiran orang-orang kafir, maka tidak mustahil umat lebih parah daripada apa yang kalian sangka!


Tarbiyah menjadikan seseorang bukan sahaja kaya ilmunya, malah menjadi orang yang merubah diri dan orang lain kerana ilmunya. Jika sepanjang tarbiyah bertahun-tahun pun tetapi tidak boleh komited terhadap tugas dan tanggungjawab setelah diperingatkan banyak kali, maka ini bukan salah tarbiyah tetapi sekali lagi, ini salah diri sendiri!


Medan beramal adalah satu indicator bahawa tarbiyah yang berlangsung adalah berkualiti. Mentarbiyah manusia tanpa mendorong seseorang untuk berubah kepada yang lebih baik itu adalah sesuatu yang sia-sia. Masakan tidak, ahli hanya mencedok ilmu sahaja tanpa ditegaskan tentang pentingnya menjadi peribadi muslim dan dai'e yang sejati.

Keaslian tarbiyah terjaga

Tarbiyah diperolehi daripada halaqah, program dan sarana tarbiyah yang lain. Keaslian tarbiyah sangat perlu dikekalkan. Seperti halaqah sepatutnya berlangsung sekurang-kurangnya 2 jam setiap minggu sarat dengan pengisian dan task untuk dibentang. Kadatangan, disiplin dan pembentangan task perlu di ambil berat iaitu dengan mempunyai borang khusus untuk halaqah. Penekanan yang diberikan oleh murobbiyah perlu berkaitan dengan permasalahan mutorobbiyah. Disamping itu, daurah atau program mempedulikan kedatangan ahli dan sebab yang munasabah jika tidak hadir. Begitu juga mutabaah, sangat dititik berat kepentingannya.

Setiap bahan yang disampaikan murobbiyah mesti bertepatan dengan apa yang sesuai dengan level dan usia tarbiyah mutorobbiyah. Murobbiyah perlu merujuk buku-buku Fiqh Dakwah untuk memahami lagi cara yang benar dalam membimbing mutorobbiyah hingga menjadi lebih baik daripada sebelumnya.


Kecairan tarbiyah akan menjadikan kecairan dalam peribadi yang terbentuk. Jika setiap sudut tarbiyah yang dipraktikkan tidak seasli sepertimana tarbiyah yang dibentuk oleh generasi-generasi terdahulu/ terawal, tidak mustahil kualiti seorang yang ditarbiyah hanya sama sahaja dengan orang-orang biasa yang tidak tarbiyah.

Penutup: Tarbiyah berkualiti hasilkan generasi berkualiti

Baja tarbiyah yang berkualiti akan menghasilkan generasi bunga yang berkualiti

Penyataan ini tidak boleh disangkal lagi. Memang benar generasi muslim dan dai'e yang berkualiti adalah hasil daripada tarbiyah yang berkualiti. Dan umat yang berkualiti terhasil daripada dai’e yang berkualiti.

Mulakan daripada sekarang. Jika kita benar-benar inginkan umat menjadi generasi yang berkualiti sepertimana sahabat-sahabat Rasulullah saw, maka kita sebagai seorang dai’e perlulah menjadi berkualiti daripada sekarang dan berusaha mendapatkan ciri-ciri tarbiyah yang berkualiti.

“ Tegakkan islam di dirimu, nescaya islam akan tertegak di bumimu.” (Hassan Al-Hudaibi)


source: http://akhwatmedic.blogspot.com/2011_08_01_archive.html

ya Allah..ukhti ini seakan memahami isi hati ini.. artikel ini sangat mengerti sanubari ini.. sesungguhnya aku orang yang teruji kualiti tarbiyahnya itu.. sungguh banyak dugaan disini ya Allah.. kuatkan aku ya Allah.. aku perlukanMu :(


Tidak Petah Dalam Menyampaikan.. itu saya :(



Terdapat akhwat yang tidak yakin kepada diri sendiri dalam menyampaikan. Maka, dia sentiasa mengelak jika disuruh mengisi taklim atau halaqah dengan alasan tidak bagus dalam menyampaikan. Mungkin juga ada dikalangan para akhwat yang takut untuk membina taklim atau halaqah kerana tidak pandai dan tergagap-gagap semasa mengisi.

Memaksa diri untuk menyampaikan semasa taklim atau halaqah akan menjadikan seorang akhwat itu semakin biasa dan semakin ‘seronok’ untuk menyampaikan walaupun pada awalnya penyampaian dia tidaklah sebaik mana.

Perkara yang sepatutnya menjadi nightmare bagi para akhwat kini menjadi mimpi indah jika terus dilatih dan dibiasakan.

Maksiat Yang Tersembunyi


Orang lain tidak pernah tahu betapa besarnya dosa-dosa kita sebenarnya. Allah yang Maha Penyayang telah menutup keaiban ini. Seandainya dosa-dosa ini berbau, nescaya tidak akan ada yang sanggup mendekati kita. Malah, untuk melihat dan memandang juga tidak sanggup.

Kita kononnya dilihat orang yang alim dan bagus sehinggakan kita ini dilabel tidak punya banyak dosa. Kita juga dilihat sebagai orang yang sentiasa mengajak orang lain berbuat kebaikan. Menjadi imam, melakukan qiamullail dan membaca Al-Quran. Namun disebalik itu, hanya Allah jua yang tahu siapa diri kita sebenarnya. Dibalik wajah yang dipercayai ramai, terdapat watak jahat disebalik itu.

Sehingga kini juga, sedikit watak jahat itu tidak mampu dibaca oleh orang lain. Watak itu pandai menyembunyikan diri. Ketika berseorangan, watak itulah yang bermaharaja lela menguasai keadaan. Sekali lagi, tiada siapa yang tahu. Hanya Allah dan empunya diri sahaja yang tahu.

Sisa jahiliyyah dahulu

Watak jahat itulah sisa jahiliyyah kita yang dahulu. Meskipun telah banyak perubahan dan perbaikan yang telah kita lakukan begitu juga banyak ilmu telah kita tahu, namun watak jahat itu seolah-oleh tidak pernah mahu mengalah melepaskan dari genggaman kita.

Semua orang mahu berubah kerana fitrah manusia itu hendakkan kebaikan. Namun, apabila mencapai fasa kesedaran dan tarbiyah, sisa-sia jahiliyyah itu kadang-kadang berjaya dijauhkan dan kadang-kadang menang dalam pertarungan. Sisa-sisa itu seakan-akan mahu diberikan perhatian dan belaian sehinggakan memaksa diri untuk melakukannya walaupun telah tahu bahawa ia adalah sesuatu dosa yang besar.

Menonton video lucah atau beronani.

Lesbian atau gay.

Menghubungi orang yang bukan mahram melalui chatting atau SMS.

Menonton movie dan mendengar lagu lagha.

Menipu dalam mutabaah.

Dan macam-macam lagi dosa.

sisa jahiliyah dulu jika masih dibiarkan, akan terus membunuh diri.


Semuanya tidak diketahui oleh orang lain kerana ia adalah maksiat yang tersembunyi. Watak jahat ini sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuhnya. Ia juga pandai mencari tempat sesuai untuk melakukan perkara-perkara tersebut dan sikapnya pandai berpura-pura. Inilah karakter watak jahat itu.


Namun, jauh di sudut hati orang yang dirasuki fikiran itu menyesal berkali-kali terhadap dosa yang mereka lakukan. Merasa sangat menyesal dengan tindakan yang dilakukan. Namun apakan daya, di dalam pertarungan antara iman dan nafsu, watak jahat kerap kali menang.

Hak dan batil yang bercampur

Artikel ini khusus untuk para pendakwah, guru-guru agama, murobbiyah, ustaz-ustaz atau sesiapa sahaja yang dikatakan berilmu dan menyampaikan kebenaran kepada orang sekeliling. Jauhilah daripada dinampak baik pada pandangan orang lain, tapi hakikatnya jelek pada pandangan Allah.

Kita menasihati orang lain macam-macam, namun kita tidak tidak pernah endah terhadap apa yang kita percakapkan. Allahuakbar. Mungkin ramai lagi para dai’e yang masih tidak mengoreksi diri. Ayuhlah sama-sama bermuhasabah dan sentiasa meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah.

Dari Anas bin Malik ra bahwa Nabi saw bersbda: Pada saat aku dinaikkan ke langit (dalam peristiwa isro’ mi’raj) aku melewati suatu kaum yang bibir-bibir mereka potong dengan gunting dari gunting dari neraka, lalu aku bertanya: Siapakah mreka ini wahai Jibril?. Rasulullah saw bersabda: Mereka adalah para pemidato dari kaummu yang mengatakan sesuatu namun mereka sendiri tidak mengerjakannya” (HR Ahmad)

Bertaubatlah sebenar-benarnya. Janganlah bertaubat sekadar melepaskan batuk di tangga. Sekadar memenuhi syarat sebagai orang yang berdakwah. Lakukanlah dengan menangis dan menyesali taubat yang sentiasa dimungkiri dan dosa yang sentiasa dilakukan berulang-ulang kali tanpa diketahui orang lain.


Setiap kali melakukan maksiat itu, taubatlah jalan penyelesaiannya. Agar nanti, ia tidak menghalang kita untuk melakukan amal kebaikan yang lain dan menjauhkan daripada rasa tidak layak serta futur.

Penutup: Akan terbongkar juga

“ Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga.”

Mungkin sekarang, kita merasakan bahawa orang lain tidak tahu apa yang kita lakukan. Tapi tidak mustahil, lambat laun rahsia itu akan terbongkar juga. Kali ini, kita mungkin bernasib baik kerana Allah masih lagi menjaga aib kita. Perlu diingat, rahsia itu akan terbongkar samada hari ini, esok, akan datang atau di akhirat nanti.

Azab Allah sangat berat. Setiap yang kita lakukan di dunia ini akan dipertontonkan di  scrin besar di hadapan berjuta-juta manusia. Betapa tidak dapat dibayangkan perasaan takut, malu teramat sangat dan berbagai-bagai kerana dosa-dosa kita kini telah didedahkan oleh  Allah swt. Alangkah malu besarnya jika kita diseksa di hadapan orang-orang lain yang tidak beriman hanya kerana maksiat tersembunyi ini. 


Tika watak jahat tiba-tiba muncul di hadapan kita seringkali ingat akan kematian dan azab Allah yang menggerunkan ini.

Dari Usamah bin Zaid ra bahwa dia pernah mendengar Nabi saw bersabda: Seorang lelaki didatangkan pada hari kiamat lalu dicampakkan ke dalam api neraka, kemudian ususnya berhamburan keluar lalu dia berputar-putar dengannya seperti berputar-putarnya  himar dengan batu penggilingannya. Kemudian para penghuni surga berkumpul di hadapannya dan bertanya kepadanya: Apakah yang terjadi padamu?. Tidakkah engkau yang pernah memerintahkan kami kepada Al-Ma’ruf dan yang mencegah kepada yang mungkar?. Dia menjawab: Aku telah memerintahkan kalian dengan yang ma’ruf namun aku sendiri tidak melakukannya dan mencegah kalian kepada dari yang mungkar namun aku mengerjakannya”.
(Sahih Bukhari dan Muslim)

lambat laun segalanya akan terbongkar juga

Bertakwalah kepada Allah. Allah masih memberi peluang untuk kita bertaubat.

Jauhilah dan tinggalkanlah segera maksiat itu kerana sesungguhnya maksiat itu hanya akan menggelisahkan hati.


Bermuhajadahlah sekuat mungkin untuk mencapai darjat mukmin yang tinggi di sisi Allah swt.

Jika benar kita mahu meninggalkan maksiat itu, berdoalah kepada Allah agar menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat nanti.

source: http://akhwatmedic.blogspot.com

syukran ya ukhti. this is exactly fits my situation right now :'(

Wednesday 17 August 2011

Itu Bukan Atas Iman..

Itu bukan atas Iman,
kalau hati itu masih mahu.
walau tahu ia bukan milikmu.

Itu bukan atas Iman,
kalau perasaan itu dasarnya nafsu.
dibiar saja ia bertamu.

tak takutkah murka Dia yang Satu?

Itu bukan atas Iman,
kalau cintai Allah kau masih tak mampu.
malah cinta makhluk yang merajai hati itu.

Itu bukan atas Iman,
kalau mujahadah itu sering terganggu.
kalau iman itu masih rapuh begitu.
kadang menggunung, kadang meruntuh.

manalah mungkin dapat yang soleh solehah itu?

janganlah begitu wahai kamu.
serahkan pada Allah, tuhan yang Satu.
Dia itu maha Tahu.
walau disana jua disitu.
walau dimata jua diqalbu.
jika ditakdir kamu bersatu,
pasti bertemu di hari itu.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.


Tuesday 16 August 2011

Doa Rabitah Pengikat Hati :')


Ya Allah,
Engkau mengetahui hati-hati ini, 
Telah berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu,
Bersatu memikul beban dakwahMu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat & menyokong syariatMu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan,
dan keindahan tawakkal kepadaMu,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu,
Engkaulah sebaik-baik sandarandan sebaik-baik penolong,
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini..

bacalah doa ini setiap pagi dan petang bersama al-maathurat.. 

Allah Itu Tak Pernah Tinggalkan Kita. Tak Sedar Lagi Ke?


Oh Allah…
I told you: I’m in pain
You said: ‘Do not despair of the mercy of Allaah’ (39:53)
I told you: Nobody knows what is in my heart
You said: ‘Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest’ (13:28)
I told you: Many people hurt me
You said: ‘So pardon them and ask forgiveness for them’ (3:159)
I told you: I feel I’m alone
You said: ‘We are closer to him than [his] jugular vein’ (50:16)
I told you: My sins are so many
You said: ‘And who can forgive sins except Allah?’ (3:135)
I told you: Do not leave me
You said: ‘So remember Me; I will remember you…’ (2:152)
I told you: I’m facing a lot of difficulties in life
You said: ‘And whoever fears Allah – He will make for him a way out’ (65:2)
I told you: I have many dreams that I want to come true
You said: ‘Call upon Me; I will respond to you.’ (40:60)


Subhan’Allah *cried* :')

source: lightofguidance.tumblr.com

Doa Nabi Daud a.s


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Ya Allah, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.

Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.

Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.


[Hadith At-Tirmizi dlm Jami’ al- Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s]

Sunday 14 August 2011

Diri Ini Cuma..


bila ilham datang ziarah.
bagai air mencurah melimpah.
Alhamdulillah, semua datang dari Allah.

tak perlulah dipuji wahai teman.
takut terkena penyakit 'perasan'

diri ini cuma menzahirkan. 
diri ini cuma mengekspresikan.
buah fikiran pinjaman dari tuhan.

Sedar Tak Sedar..

Assalamualaikum.

Ahad, 14 Ogos 2011

sedar tak sedar.
dah separuh bulan kita berpuasa.
lagu raya makin rancak disini sana.
semua mula countdown bila nak raya.

sedar tak sedar.
discount dipasaraya buat kita rambang mata.
nafsu mula bermaharaja.
yang itu mahu, yang ini suka.

sedar tak sedar.
lailatul qadar makin hampir mendekat menyapa.
makin excited patutnya rasa.
makin bersungguh tingkat amal kita.

tapi sedar tak sedar.
masjid mula hilang jemaahnya.
ramadhan mula hilang hangatnya.
bahang raya mula dominate rasa.

silalah sedar wahai saudara.
mari kita duduk sebentar.
muhasabah diri koreksi jiwa.
kualiti ramadhan kita bagaimana?
jangan cuma lapar dahaga.
apa khabar iman didada?
jangan berkurang menipis pula.

ya Allah terimalah puasaku..juga temukan aku dengan Lailatul Qadr-Mu.. 

Saturday 13 August 2011

Cuma Mengekspresi Rasa Di Hati


coretan hati tulisan qalbi.
bukan menjaja diri bukan mencari publisiti.
hanyalah cuma mahu berkongsi.

mengekspresi rasa yang terlukis dihati.
menyalurkan peringatan pada yang peduli.
menzahirkan ilham kurniaan Illahi.

bukan niatku mahu berbangga diri.
bukanlah bermaksud ilmuku lebih tinggi.
bukan sama sekali wahai sahbaty.
jauh panggang dari api.

aku juga insan biasa.
aku bukan malaikat dunia. 
aku juga punya impian dan cita.
aku hamba yang amat perlu padaNya.
yang tak pernah lepas dari khilaf dan dosa.

kita ini sama saja dimata Dia.
yang membezakan adalah Iman dan Taqwa.
jika mahu ke syurga, biarlah bersama sama.
jangan kerana kita tahu (berilmu) tapi tak bantu, mereka merana di neraka.
jangan kerana kita tahu tapi takut dibaling batu, ditarik kita terjun sama disana.

marilah kita sama sama muhasabah diri, koreksi hati, tebalkan iman dihati. juga saling ingat mengingati. moga bertemu di Jannah nanti. :’)

Sahabat Ketawa Mudah Dicari, Sahabat Menangis Sukar Sekali.

Sahabat ketawa mudah dicari, 
sahabat menangis sukar sekali. 
Binalah ukhuwah dengan setinggi-tinggi ukhuwah, 
iaitu Itsar, yang melebihkan sahabat berbanding dirinya. 
Jika sukar, bersangka baiklah kerana ia selemah-lemah ukhuwah.
:')
*semoga bertemu dengannya*

Friday 12 August 2011

Andai Saja..

Bismillahirrahim..
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

7.17am.
sungguh indah pagi ini.
nyamannya cukup menyenangkan.
bayunya cukup mendamaikan.
embun subuhnya cukup menginsafkan.
kicauan burung cukup mengasyikkan.
MashaAllah.
agungnya kebesaran Allah.
sempurnanya ciptaan Allah.

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan.
kesempatan mensyukuri nikmat hidup.
diberi peluang lagi beribadah padaNya.
diberi peluang lagi bertaubat padaNya.
diberi peluang lagi mengejar syurgaNya.
diberi peluang lagi memburu redhaNya.

Andai saja nafas ini terhenti.
cukupkah amalan aku didunia ini
untuk menampung kehidupan aku disana nanti?

Andai saja nyawa ini tiada lagi.
sudah tebalkah iman didada selama ini?

Andai saja denyut jantung ini terhenti.
mampukah aku melalui titian Sirat nanti?

Andai saja Izrail datang menjemput diri ini.
bagaimanalah agaknya buku catatan amalanku diberi.
dengan senyuman, atau lemparan yang menghiasi? 
dengan tangan kanan atau kiri?

Juga bagaimana timbangan Mizan nanti
neracanya berat ke kanan atau ke kiri?

ya Allah, syukur aku padaMu
masih diberi kesempatan waktu
akan ku usaha sehabis baikku
demi redhaMu wahai tuhan yang Satu.
juga JannahMu yang kutunggu.

"Kullu nafsin zaa ikatul maut.."
setiap yang bernyawa pasti merasai mati..
(Ali Imran, 3:185)

"Saling Berbagi Saling Memberi Kerna Allah"

Opick ft Amanda- Sedekah

terdengar ini di IKIM dalam kereta tadi. tertarik dengan muzik dan liriknya 
subhanallah :')

alangkah indah
orang bersedekah
dekat dengan Allah
dekat dengan surga

takkan berkurang
harta yang bersedekah
akan bertambah
akan bertambah

Allah Maha Kaya
yang Maha Pemurah
yang akan mengganti
dan membalasnya
Allah Maha Kuasa
yang Maha Perkasa
semoga kan membalas surga

oh indahnya
saling berbagi
saling memberi
karna Allah

oh indahnya
saling menjaga
saling mengasihi
karna Allah
Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Allahu ya Rahman

Kalau Benar Atas Iman..


Kalau benar atas iman,
Pasti kau sanggup berkorban.

Kalau benar atas iman,
Pasti kau tetap bertahan.

Kalau benar atas iman,
Pasti kau akan jumpa keikhlasan.

Kalau benar atas iman,
Pasti kau mampu mengucup erti pengorbanan.




ya benar atas iman, 
kalau kau fahami hasrat hati ini.
ya benar atas iman, 
kalau kau mengerti bahwa tiada yang lebih kutakuti dari murka sang Illahi.
ya benar atas iman, 
kalau kau ketahui aku takkan pergadai agama demi rasa ini.
ya benar atas iman, 
kalau kau sudi bersabar hingga saat itu menjadi realiti.
ya benar atas iman, 
kalau kau turut merasai sama seperti qalbi ini.
ya benar atas iman, 
kalau kau juga ingin rasa dan rindu yang fitrah ini, berpaksi cinta pada Illahi.



Thursday 11 August 2011

Mengapa Mengungkit Lara Yang Telah Allah Ampunkan Dosanya?

"Menutup ‘aib masa lalu berbeza dengan berdusta. 
Sangat tercela bagi seseorang membuka ‘aib yang telah ditutupkan oleh Allah, meskipun tentang dirinya sendiri
Kalau taubat sudah menghias hidup, mengapa mengungkit lara yang telah Allah ampunkan dosanya?
 Saat tersedar adalah saat paling nikmat 
untuk menyedari betapa besar kasih Allah. 
Betapa mahal harga taubat yang menghapus semua kesalahan."

*cried*  :'(

ya Allah.
ayat ini sungguh menusuk hati.
sangat memahami isi qalbu ini.
benar terjadi pada diri ini.

seringkali aku dipersenda 
seringkali aku diketawa.

diungkit lagi kisah hitam itu
pakaian jahiliyyah itu.
ikhtilat tak terjaga itu.
hati hitam itu.
hati yang hampir mati itu.
berat sekali menghadiri majlis ilmu.
mendengar ayat quran juga seakan tak mahu.
sebaliknya muzik melalaikan jadi pilihanku.

aku benar malu
malu teramat malu
hanya Allah saja yang tahu
peritnya rasa di qalbu

menahan cemuhan umpatan 
bisikan syaitan yang meracun fikiran
ya Allah 
aku tahu Kau sentiasa menemankan
aku tahu Kau tahu aku mampu bertahan
aku tahu Kau mahu menduga keimanan
aku tahu Kau mahu menilai keikhlasan
setulus mana aku mengharap maghfirahMu ya Tuhan

berikanlah aku kesabaran
berikan aku kekuatan iman
berikan secebis cintaMu ya Tuhan
agar aku bisa menjalani kehidupan
kehidupan yang Engkau relakan.

aku benar benar mahu berubah keranaMu
benar benar takut akan azabMu
benar benar kesal akan khilafku
benar benar insaf akan dosaku
satu pintaku padaMu,
jangan Kau dekatkan aku kelembah hitam itu.

mujahadahkan aku..
istiqamahkan aku..
kukuhkan imanku..
tinggikan taqwaku..
solehahkan aku..

maafkan aku ya Allah!
:'(