Wednesday 26 December 2012

Wahai Anakku


Wahai anakku,
Janganlah kamu biarkan sesuatu dosa dan kesalahan tanpa bertaubat kepada Allah. Sebaliknya segeralah engkau memohon keampunanNya setelah engkau lalai dalam mentaati perintahNya atau melanggar laranganNya.

Kekotoran pada pakaian yang segera dibasuh terkadang tidak memerlukan sabun bagi menghilangkannya, namun bila dibiarkan lama ia akan sukar untuk menghapuskannya. Demikianlah wahai anakku, kekotoran dosa akan melekat dihatimu.lebih lama kamu biarkan, maka lebih kuatlah ia melekat dan akhirnya kamu akan sukar untuk membersihkannya.

Wahai anakku,
Sesaorang itu diazab di akhirat kerana dosanya, bukan disebabkan faktor lain. Manakala sesaorang itu akan masuk ke syurga disebabkan rahmat Allah bukanlah kerana pahala amalannya. Maka selagi kamu seronok melakukan maksiat dan dosa, maka engkau telah menempah azab neraka Allah, Nauzubillah. Manakala selagi kamu mentaati perintah Allah, maka kamu akan memperolihi pahala yang mendekatkan kamu kepada rahmat Allah.

Wahai anakku,
Nikmat kurniaan Allah terlalu besar untuk dihitung apa lagi untuk dibalas dengan pahala amalan kita. Apakah sama nikmat dua biji mata dengan pahala ibadah berpuluh tahun ? tentulah tidak akan sama. Lantaran itu, jangan kamu rasa hebat dengan pahala amalanmu, kerana ketaatan kepada Allah adalah kewajipan kita sebagai hambaNya.

Wahai anakku,
Bagaimana kamu ingin bangga dengan amalan kamu, sedang kamu sendiri tidak pasti apakah Allah menerima atau tidak amalanmu. Dan Bagaimana kamu boleh bersenang senang dengan dosamu, kerana kamu tidak pasti bila ajalmu tiba.

Wahai anakku,
Rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat dan pengampunannya, selagi kamu berusaha memohon keampunan dan bertaubat dari kesalahanmu. Janganlah kamu senang hati, bila kamu melanggar perintah Tuhanmu, kerana Ia boleh menyentak rohmu dari ubun ubunmu.

Ya Allah ampunilah segala dosa kami, dan maafilah kami di atas kecuaian kami. Amin.


Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

peringatan buat diri. 

Assalamu Alayka

Assalamu Alayka

My heart is so full of longing
I wish to be close to my Beloved
I dream to walk in the streets of Medina
And to quench the thirst of my spirit
By visiting you, O Muhammad!

Chorus:
Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah
Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah, ya Rasool Allah

(May salutations be sent upon you
O Messenger of Allah
May salutations be sent upon you O my Beloved
O Prophet of Allah
May salutations be sent upon you
O Messenger of Allah
May salutations be sent upon you O my Beloved
O Prophet of Allah, O Messenger of Allah)

I left all my troubles and worries
As I entered your Mosque so gently
And as I finally stood there before you
I couldn’t stop my tears from falling
In your presence O Muhammad!

CHORUS

O Taiba (Medina), your breeze is so blessed
Indeed it brought life back to my spirit
I’ve left my heart with my Beloved
Sending blessings on Muhammad

CHORUS

......................

Allah, Allah..
MashaAllah, tidak sabar rasanya untuk menjejakkan kaki ke sana..
Bertambah cemburu apabila mendengar ada rakan rakan seperjuangan yang akan ke sana winter-break ini.

Sudah lama merancang..
Jika Allah mengizinkan,
InshaAllah..soon.

Doakan saya! 

And it’s hard to explain why I could never describe my love for you



Mawlaya

CHORUS
Mawlaya salli wa sallim da'iman abadan
'Ala habibika khayril khalqi kullihimi
Mawlaya salli wa sallim da'iman abadan
'Ala habibika khayril khalqi kullihimi
Ya Rabbee salli 'aleeh
Salawatu Allahi 'aleeh

All the poetry ever written
Every verse and every line
All the love songs in the world
Every melody and rhyme
If they were combined
They would still be unable to express
What I want to define
When I try to describe my love for you

CHORUS

Every sound and every voice
In every language ever heard
Each drop of ink that has been used
To write every single word
They could never portray
Everything I feel in my heart and want to say

And it’s hard to explain

Why I could never describe my love for you


CHORUS

There's not a single person
Who can ever match his worth
In character and beauty
To ever walk on earth
I envy every rock and tree
And every grain of sand
That embraced his noble feet
Or that kissed his blessed hands

Ya Rasool Allah
Ya Habiba Allah
Grant us the chance to be with him
We pray to You Allah

mashaAllah
*lap air mata*
:')

Tegakkan syariah, hidupkan sunnah, sebarkan mahabbah.

Aku jadi teringat akan manifesto salah seorang calon AJKT ikhwah bagi pilihanraya tempoh hari. (sudah menang pun. tahniah saudara) 

"Mahabbatul Rasulillah, Teras Biah Solehah." 

InshaAllah. semoga kecintaan kepada Rasulullah, sunnah-sunnah baginda dapat dihidupkan di bumi Mansurah ini. Subhanallah, alangkah indahnya.. 

Aduh, sedang duk hafal perbezaan schistosoma haematobium, mansoni & japonicum, entah bagaimana pula ter-triggered untuk menge-post. terkesan akan bait liriknya, sungguh :')

Tuesday 25 December 2012

Tiga keadaan.

Keadaan seorang hamba yang beriman kepada Allah ada 3 keadaan :

1- Apa bila diberikan sesuatu, dia akan bersyukur.
2- Apa bila diberikan ujian/bala' dia, akan bersabar.
3- Apa bila melakukan dosa, dia akan bertaubat.

-Apa bila diberikan ujian/bala' dia, akan bersabar-

Kadang kala ujian/bala datang kepada kita sebagai keampunan bagi kita. Mengangkat darjat hambanya dan menghapuskan dosa hambanya.

Kalau kita mampu menerima nikmat dengan sepenuh kegembiraan alangkah baiknya jika kita menerima ujian/bala' dengan kegembiraan juga. Cara kita menerima ujian/bala' ini dengan bersabar dan redha.

Kemenangan tidak akan dicapai melainkan dengan bersabar.
Kejayaan tidak akan digapai melainkan bersabar.

Orang yang bersabar dengan ujian/bala' adalah keadaan orang Siddiqin.

-As Syeikh Dr Muhammad Yusri Hani-
Pengajian Selasa Hari ini


p/s- Selamat bersabar dalam musim-musim imtihan. ^^

Penyakit M

Pesanan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,

Khusus kepada remaja pemuda.... terutamanya yang masih sedang belajar...
Kemalasan untuk berbuat sesuatu ialah pencuri masa manusia yang teragong. 

Yang menjadi mangsa kemalasan ialah minda kita - yang liar memikirkan benda silam, kini dan masa depan dgn penuh kesusahan, kebimbangan dan ketakutan.

Kemalasan juga adalah pintu kepada kemurungan dan kekecewaan kerana minda sibuk melayan bisikan syaitan.
Jangan duduk tanpa melakukan sesuatu berfaedah.
Jika anda tiada kerja berfaedah waktu ini, bangun dan baca Quran, baca apa-apa buku, berzikir, menulis, membersihkan rumah dan buatlah apa sahaja yg boleh menjauhkan diri kita daripada termenung dan kebosanan.

SENYUM, dan buatlah kerja. Jangan dok melayan bisikan syaitan dalam khayalan kerana malas.

*sighh*

Pengubat Hatiku




Ya Allah semoga Engkau curahkan selawat dan salam kepada junjunganku,
kekasihku, pengubat hatiku, jiwa dan ragaku
iaitu junjunganku yang menjadi utusan Allah, 
Muhammad bin Abdullah 
insan yang jujur dan terpercaya 
Dan semoga selawat dan salam juga tercurah kepada semua keluarga dan sahabat baginda



menitis air mata tika pertama kali menghayati maksudnya 
:')

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.” [Al-Ahzab; 56]


Monday 24 December 2012

Antara terpaksa dan cinta

Melakukan ketaatan kerana cinta lebih indah daripada melakukannya dengan terpaksa. 

Petanda ketaatan dilakukan kerana cinta... terasa kemanisan semasa melakukannya. 
Petanda ketaatan dilakukan kerana terpaksa... terasa kelegaan selepas melakukannya. 

Sebelum sampai ke tahap kemanisan, laluilah dahulu jalan ketaatan dengan keterpaksaan. 

Mujahadah itu awalnya susah... tetapi akhirnya indah!

-Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

soundtrack semasa posting: bunyi derapan kasut orang pergi masjid. subuh! assolatu khairun minannaum :)

Saturday 22 December 2012

Fatrah Imtihan

8-13 Januari 2012.

Gulp.
Final exam!
Bersediakah aku?
Allah..
Sem ini kurasakan sem yang paling aku tidak bersungguh. 
Entah mengapa jadi begitu, himmah itu seakan memudar.

Dimana silapnya.
Ya Allah, maafkan aku ya Allah.
Mungkin adakalanya aku mengabaikan hakMu
Mungkin aku sering terlupa bersyukur padaMu

:'(

"you reap what you sow"

Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai.
Sedikit yang kita study, 'sakit' lah natijahnya nanti.

Allah.. 

Ahh,
Jangan putus asa wahai diri.
Masih sempat untuk kau perbaiki.

Jangan mengalah sebelum berjuang!
Gunakan segenap ruang dan peluang.

Percaya dan yakin.
Yakin pertolonganMu pasti datang.
Jika aku terus berusaha, berdoa dan bertawakkal.

"Inna nasrallahi qarib.." [2:214]
Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.


Yakin?
Ya.
"Aku ni banyak dosa..Allah nak dengar ke doa aku ni."

Bagaimana Allah hendak makbulkan doa kita andai timbul dihati rasa tidak yakin doa kita didengariNya?

Sedar atau tidak, secara tidak langsung kita telah su'uzhon (bersangka buruk) terhadap Allah. Na'uzubillah.

Allah sudah menyebut didalam hadith Qudsi;
"Aku adalah sepertimana yang hamba-hambaKu sangkakan."



Sebagai contoh, seseorang ingin meminta bantuan kita, tetapi dalam pada masa yang sama, meragui dan mempersoalkan kesudian kita.
Aduh, kita yang pada awalnya sudi, menjadi tidak ikhlas pula untuk membantu. 

Maka yakinlah dengan Allah, husnuzhon. inshaAllah, Dia dengar semua doa kita.

Say, "O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah . Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful." [39:53]

Despite of all our sins, do not despair nor lose hope. 
Pintu rahmatNya sentiasa terbuka luas :)

"Innallaha alimun bizatissudur." [31:23]
Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.

Sedangkan bisikan hati lagi didengari, inikan pula rintihan doa dari hambaNya :')

Ingatlah hai teman,
Semua berjalan atas kehendakNya. 

Tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Allah mengetahuinya. [6:59]

Maka cepat atau lambat Allah perkenankan, itu bukan persoalannya. 
Allah itu, tahu yang terbaik buat hambaNya.

"wallahu khairul makirin.." [3:54]
dan Allahlah sebaik-baik perancang. 


Have faith.
Sabar dan yakinlah!

:)

....................

Ayuh usaha!

Just do our best, let Allah do the rest.
  
"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." 

[65:2-3]

Bicara soal tawakkal, tawakkal beerti kita meletakkan pengharapan, berserah pada Allah. tetapi ia mestilah didahului dengan usaha.

Tawakkal tanpa usaha itu bohong,
Usaha tanpa tawakkal itu sombong.


"trust Allah but tie your camel"

Renungkan.
Senyum.

Yassir wa la tu 'assir ya Kareem
Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla, wa anta taj'alu hazna iza shi'ta sahla..

soundtrack semasa posting: bunyi kereta lalu

Thursday 13 December 2012

1 2 3 4

1/2/34
Ada apa padanya? 
Alhamdulillah, hari ini 1 Safar 1434 H
Jatuh pada hari Jumaat yang barakah, Sayyidul Ayyam :')

Secantik mana pun tarikh-tarikh ini tetap akan kosong sekiranya dibiar berlalu pergi, tidak diisi.

Muharram pergi, Safar menyusul. oh Rabiulawal sudah hampir!
Hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW :')

Sangat berharap agar diberi peluang untuk 'bekerja' sempena Maulidur Rasul nanti. Sungguh, aku mula jatuh cinta pada gerak kerja Islami, walaupun pada mulanya aku berasa tidak layak untuk berada sebaris dengan mereka yang hebat ilmunya.

....

"Al waqtu al hayah." 
Waktu itu adalah kehidupan. teringat akan pesan Imam Ghazali dalam kitabnya Ayyuhal Walad.

Sebahagian daripada nasihat yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya ialah sabdanya baginda yang berbunyi:
"Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.
Allah..
dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadah kepada Allah), maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya, maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka." 


Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

Hari tidak menunggu untuk berlalu pergi kosong, tetapi menunggu kita melakar sesuatu amal!