Monday 29 July 2013

"I once had a thousand desires; But in my one desire to know You, All else melted away." - Rumi

This.

"Grant me Your love, love of the people who loves you, and love of the things that leads me to Your love."

Ameen.

Thursday 18 July 2013

Puisi Sufi

Kemajuan jati, kemajuan ruhani
Bukan benda menjadi ukuran

Mulia jati mulia ruhani
Mulia pakaian bukan saluran

Kemajuan benda syarat jasmani
Tetapi ruhani rukun dikanuni

Kalau bercerai dari dikanuni
Tentu akibat buruk dialami

Awas jasmani tanpa ruhani
Merupa falsafah tahi duniawi

-Petikan buku "Mengenal Diri dan Wali Allah" -- Ustaz Mustapha Mohamed Al-Jiasi

Monday 15 July 2013

Ini.

Seseorang yang mahu sampai kepada Allah s.w.t disyaratkan melalui jalan yang menghancur leburkan hawa nafsu, kehendak dan tujuan kepada segala-galanya selain Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t maksud dan tujuan. Hanya keredaan-Nya yang dicari. Jalan ini penuh dengan perjuangan atau mujahadah, memutuskan rantai-rantai duniawi dan nafsu, menyingkap tabir asbab, mengenderai tajrid, berserah bulat kepada Allah s.w.t dengan membuang ikhtiar memilih dan reda dengan apa sahaja lakuan Allah s.w.t kepada dirinya.

-petikan syarah Al-Hikam (mengenai Nur Ilahi dan Warid)

Puasa: Hakikat Taqwa Yang Perlu Dihayati

Firman Allah S.W.T. dalam  Al-Quran maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan ke atas kamu puasa sepertimana telah difardhukan ke atas mereka sebelum kamu, moga-moga kamu tergolong dari kalangan mereka yang bertaqwa.”

            Berdasarkan ayat di atas, Allah S.W.T. telah mewajibkan puasa kepada orang-orang beriman sebagai suatu ibadah yang dapat mendekatkan diri kepadaNya. Selain daripada menahan daripada lapar dan dahaga serta perbuatan yang boleh membatalkan puasa, ia juga mengajar kita agar sentiasa berusaha mencapai darjat ketaqwaan sebenar.

            Taqwa yang dimaksudkan di sini ialah pelbagai pendefinisian oleh para sahabat, tabiin dan ulama’ mengikut kefahaman dan pengalaman yang telah mereka lalui. Saidina Ali K.A.W. apabila ditanyakan tentang maksud taqwa, beliau menjawab :

الخوف من الجليل, والعمل بالتنزيل, والرضا بالقليل, والاستعداد ليوم الرحيل.

Maksudnya : Takut kepada Allah S.W.T., beramal dengan apa yang diturunkan, redha dengan sedikit, dan bersiap-sedia menghadapai kematian.

            Tambahan pula, sifat taqwa ini bukanlah dapat dizahirkan dengan wara’ atau merendah diri semata-mata namun ia adalah anugerah yang diberikan Allah S.W.T. kepada mereka yang melaksanakan perintahnya dengan penuh taat. Apa yang penting setiap pekerjaan dan amalan yang diperintahkan Allah S.W.T. mempunyai matlamat dan tujuannya. Matlamat taqwa inilah yang dituntut Allah S.W.T. kepada mereka yang beriman agar sentiasa bersifat dengannya di dalam kehidupan. Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman, bertqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan dan janganlah kamu mati melainkan kamu berada dalam agama Islam”

            Oleh sebab itulah, anugerah taqwa ini tidak disempitkan dengan natijah daripada pergerakan dalam ibadah semata-semata tanpa melihat kepada setiap perbuatan yang memberikan sumbangan kepada agama. Suruhan supaya sentiasa bertaqwa ini hendaklah dihayati sepenuhnya bagi mendapatkan gambaran jelas tentang konsep ibadah kepada Allah S.W.T.

            Begitu juga dengan ibadah puasa yang mempunyai banyak kelebihan dari sudut zahir mahupun batin di samping matlamat sebenar suatu ibadah itu iaitu ketaqwaan. Antara perkara yang dapat dilihat dalam ibadah puasa ialah :

1.      Perintah ini adalah suatu bentuk ketaatan kepada Allah S.W.T. yang perlu dilaksanakan oleh mereka yang beriman.
2.      Puasa melatih kehendak insan supaya ia dapat dibentuk dengan elok mengikut acuan Islam iaitu dengan penanaman sifat sabar dalam melaksanakan suatu perkara.
3.      Dari sudut kesihatan ia mampu menjadi salah satu aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan. Ini kerana perut yang merupakan punca kepada banyak penyakit dapat direhatkan dan dihadkan penggunaannya.
4.      Mengingati terhadap kesengsaraan mereka yang berlapar disebabkan miskin, dan kekurangan bekalan makanan. Perkara ini merupakan suatu hikmah dari sudut kesedaran kemasyarakatan yang diperolehi daripada ibadah puasa.
            
            Akhirnya, marilah sama-sama kita sentiasa meningkatkan usaha dalam memastikan setiap perkara yang dilakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Bukanlah ibadah itu hanya dapat memuaskan diri sahaja tetapi ia perlu dinilai dari sudut matlamatnya iaitu ketaqawaan. Sedikit cebisan kalam hukama’ sempena kedatangan bulan Ramadhan pada kali ini :

“Barangsiapa yang banyak makan maka dia akan banyak minum, dan barangsiapa yang banyak minum dia akan banyak tidur, dan barangsiapa yang banyak tidur maka sia-sialah umur kehidupannya.”

 Sekian, wassalam.

Sunday 14 July 2013

Khauf wa Raja'


Nabi s.a.w bersabda, "Jika ditimbang takut dan harap pada orang beriman kedua-duanya adalah sama". Dengan rahmat Allah, ketika saat akhir kita, Allah lebihkan harapan kita daripada ketakutan. Nabi s.a.w bersabda, "Semua umatku akan menghembuskan nafas terakhirnya dengan kepercayaan dan harapan kepada rahmat Allah", kerana Allah menjanjikan, "Keampunan-Ku meliputi segala-galanya", dan,"Rahmat-Ku mendahului murka-Ku".

Allah Maha Pemurah, Penyayang dan Pengampun, tentu sekali para hamba boleh bergantung kepada-Nya. Namun pengembara pada jalan kerohanian mesti takut dan menyelamatkan dirinya daripada kemurkaan Allah. Untuk itu perlu dia serahkan semua yang dimilikinya - dirinya sendiri, kewujudannya - letakkan segala-galanya di kaki-Nya dan berlindung dengan-Nya di dalam-Nya.

Wahai pencari. Duduklah di atas lutut kamu di hadapan Tuhan kamu! Akui dan bertaubat terhadap kesalahan-kesalahan kamu! Tanggalkan daripada diri kamu segala kewujudan kebendaan! Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa kamu yang lalu dan nantikan di pintu keampunan-Nya tanpa membawa apa-apa, dalam keadaan berhajat penuh kepada-Nya! Jika kamu lakukan ini tentunya kamu akan menerima rahmat-Nya, berkat-Nya, makrifat-Nya, kasih-Nya dan belas kasihan-Nya; dan semua dosa-dosa kamu dan kekotoran kamu akan hancur dan terlucut daripada kamu. Kerana Dia jualah Maha Besar, Pemurah, Penyayang, Tuhan yang kekal abadi, Maha Berkuasa!

Kami memohon keselamatan dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhamamd s.a.w, keturunan baginda, sahabat-sahabat baginda dan sekalian pengikut baginda. Segala puji dan syukur kepunyaan Allah; kami serahkan segala-galanya ke dalam tangan-Nya.

Saturday 13 July 2013

Guru yang mursyid; dimana bisa kutemukan.. 

ya Allah, berilah aku peluang untuk menuntut ilmu

ilmu untuk mengenalMu

aku ingin sekali ya Allah

belajar melalui thariqah, belajar ilmu hakikat

temukanlah aku dengan guru yang mursyid..

:'(

Mengemis Kasih

Tuhan, walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaku

----------------------------------------------


"Aku dalam sangkaan hamba-Ku, dan Aku akan selalu bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Kemudian apabila ia ingat Aku dalam dirinya, Aku pun mengingatnya dalam diri-Ku, dan jika ia ingat kepada-Ku dalam satu kaum, maka Aku akan mengingatnya dalam kaum yang lebih banyak dari pada kaum itu. Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika ia mendekati-Ku satu hasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, aku akan datang kepadanya dengan lari-lari kecil." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mati Sebelum Mati

MATI SEBELUM MATI

Ada satu istilah sufi,
Iaitu mati sebelum mati,

Apakah maksud mati si sufi,
Bukan bercerai nyawa dari badan,

Bercerai nyawa dari badan,
Itu hanya perpindahan,

Berpindah dari alam benda,
Masuk ke dalam alam nyawa,

Namun kita hidup juga,
Hanya berpindah alam saja,

Hidup terus wujud,
Kerana ia pancaran Al-Wujud,

Di alam sana kita wujud juga,
Melihat tanpa mata,
Mendengar tanpa telinga,

Lebih jelas dan nyata,
Kerana dinding badaniah tidak ada,

Apakah mati menurut si sufi,
Dengarlah huraian di bawah ini,

Mati di sini dalam khayalan,
Dalam khayalan dan perasaan,

Khayalan dan perasaan,
Sangat penting dalam kesufian,

Matikan ego mu,
Matikan nafsu amarahmu,

Matikan kepentingan diri,
Tegakkan kepentingan ilahi,

Nafikan dirimu ithbatkan allah,
Hingga terasa tiada wujud selain allah,

Hingga terasa dirimu kosong belaka,
Hanya allah segala gala,

Hingga terasa tidak ada segala sesuatu,
Yang ada hanya dzat yang maha satu,

Bila allah terdiri dalam hati,
Terasa lenyap diri sendiri,

Nafi yang lain ithbatkan allah,
Itulah rahsia Laailaha'illallah,

Terasalah dalam perasaan si sufi,
Dia telah binasa dan mati,

Yang hidup hanya allah,
Yang wujud hanya allah,

Inilah dalam perasaan,
Inilah dalam khayalan,

Orang sufi orang ruhani,
Merenung jauh ke dalam diri,

Berbagai ilham mereka perolehi,
Orang bukan sufi sukar mempercayai,

Bukan senang menjadi sufi,
Perlu latihan secara ruhani,

Mereka bersembahyang mereka berpuasa,
Mereka berzikir segenap masa,

Bersihkan hati hingga bergilap,
Bercahaya bersinar tiada lagi gelap,

Hati dicuci dengan zikrullah,
Jiwa yang kembali mengadap Allah,

Guru itu sebagai pembimbing,
Menuju ma'rifat yang hening,

Ma'rifat itu pengenalan,
Mengenal Allah mengenal insan,

Apabila sampai ke ma'rifat suci,
Terasalah ia hampirnya rabbi,

Terlalu hampir terlalu nyata,
Lidah kelu hendak berkata,

Tidak dapat dikatakan,
Hanya terasa dalam khayalan,

Orang sufi hampir dengan rabbi,
Mereka kosong dari ego sendiri,

Mereka menjadi cermin Allah,
Mereka menjadi tanda tanda Allah,

Mereka itu sudah kembali,
Kembali ke hadrat ilahi,

Badan didunia tapi ruh disisi Allah,
Mati pada diri..tapi hidup dalam Allah,

Mereka itu hamba Allah sejati,
Mereka itu hanya menifestasi,

Kalau kau perangi wali Allah,
Kau sebenarnya memerangi Allah,

Kalau kau wali Allah,
Lontaranmu lontaran Allah,

Pukulanmu pukulan Allah,
Bukan kau yang membunuh...sebenarnya Allah,

Wali Allah sufi sejati,
Doa nya makbul di restui ilahi,

Mereka menjadi khalifah Allah,
Mereka hanya ayat ayat Allah,

Belajarlah pada syekh sufi,
Agar kau diberkati ilahi,

Terlalu hampir sekali,
Terasa diri tiada lagi,

Matilah diri hiduplah Allah,
Semata mata yang ada hanya dzat Allah.


-c&p-

ya Allah, hilangkan segala keinginanku terhadap dunia ini.. kuingin cuma Engkau yang bertakhta dihati ya Allah. cuma Engkau, tiada yang lainnya. berikanlah aku secebis cintaMu.. :'(