Wednesday 14 August 2013

Komponen Kefahaman Haraki

KOMPONEN KEFAHAMAN HARAKI

-Tanpa daie, manusia akan berada dalam kejahilan terhadap tuntutan Agama Allah. Mereka ibarat lampu suluh yang menerangi dan pohon yang berbuah yang melontari buah walaupun dilontari batu.
-Oleh itu, para daie mesti faham dan usaha untuk tingkatkan kompenan kearah pembangunan haraki dalam dirinya. Komponen tersebut seperti berikut:

1)BINA QUDWAH HASANAH

-Membangunkan kredibiliti diri yang kukuh dan melazimi bercakap benar.
-Beramal terhadap apa yang diucapkan kpd orang lain dan ia akan memberi kesan kpd orang lain.
-Hayati dengan teliti sirah Rasulullah S.A.W menerajui institusi dakwah sebagai qudwah seluruh manusia khasnya bagi para daie.

2)DAKWAH DENGAN ‘KASIH SAYANG’ SEBELUM MEMULA PENERANGAN

-Daie hendaklah membuka pintu hati manusia dengan kasih saying dan bukannya kebendaan.
-Rasulullah S.A.W pernah disakiti namun lihat apa yang Baginda buat? Dibalasnya dengan perbuatan yang baik dan memberi kesan dihati musuhnya.
-Berlemah lembut dan kasihkan manusia adalah sikap yg perlu dibina oleh daie sekalipun dia disakiti. Ia adalah sunnah para Nabi dan Rasul Alaihimussalam.

3)BERI PENERANGAN YG JELAS SEBELUM SURUH

-Sebelum disuruh atau buat sesuatu amalan, daie hendaklah nyatakan dengan jelas apa dia, bagaimana, bila, kemana, macamana dan lain lain persoalan yang berlegar dalam kepala mad’u.
-Al-Quran sendiri turun dengan memberi penerangan 4 perkara sebelum berlaku taklifan iaitu:

*Perkenalkan siapa Allah yg disembah
*Perkenalkan siapa diri manusia sebenarnya
*Perkenalkan tentang ciptaan Allah yg pelbagai
*Perkenalkan tentang hala tuju mereka selepas ini

4)DAKWAH BERPERINGKAT

-Pembentukan manusia bukan mudah perlu kepada penyusunan tahap dakwah.
-Beberapa rukun asas dalam meraikan peringkat dalam dakwah iaitu:

*Meraikan perangai manusia yang pelbagai
(Ada yg sukakan kebaikan, ada yg benci kebaikan, ada yg sangat kedekut, ada yg amat pemarah, ada yg berpelajaran tinggi ada yg terlalu jahil…semua ini memerlukan pendekatan dakwah yang berbeza)

*Mengetahui tahap pengetahuan mereka
(Ada yg sudah melalui dgn baik ttg sesuatu yg diberi penerangan dan ada yg agak sukar utk berkomunikasi kerana factor bahasa, pendidikan dan juga tabiat)

*Meneliti maqasid dan niat
*Meraikan keadaan yg khusus
*Mempermudah dan tidak menyusahkan
*Beri galakan sebelum peringatan
*Beri tarbiah dan bukan nyata ‘siapa salah’


-perkongsian dari sahabat.

No comments:

Post a Comment