Wednesday 14 August 2013

Kerana sufi dan haraki tidak mungkin dipisahkan.

[NAFSU]

"Engkau bukan Allahku dan aku bukan hambamu"

Satu ungkapan yang penuh dengan kekufuran pada zahirnya. Namun, itulah lafaz yang terbit dari seorang pemuda soleh di Delhi. Kata-kata ini ditujukan khas kepada nafsu yang ingin menguasai diri.

Dalam konteks perjuangan pula,

"Cabaran yang paling besar (dalam menegakkan Islam) ialah datang daripada kelemahan diri kita sendiri"- Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi.

Hal ini kerana kita lemah dalam berjuang mengekang kemahuan diri yang sentiasa ingin bersenang-lenang dengan nikmat dunia.
………………………….

Semoga Ramadan tahun ini menjadi platform terbaik untuk bermujahadah dalam mendidik nafsu ke arah kebaikan. Melalui tarbiyah yang mantap, maka akan lahirlah semangat untuk berkorban demi Islam yang cukup utuh. Bukan sekadar omongan kosong.

Kerana sufi dan haraki tidak mungkin dipisahkan.

No comments:

Post a Comment