Thursday 13 December 2012

1 2 3 4

1/2/34
Ada apa padanya? 
Alhamdulillah, hari ini 1 Safar 1434 H
Jatuh pada hari Jumaat yang barakah, Sayyidul Ayyam :')

Secantik mana pun tarikh-tarikh ini tetap akan kosong sekiranya dibiar berlalu pergi, tidak diisi.

Muharram pergi, Safar menyusul. oh Rabiulawal sudah hampir!
Hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW :')

Sangat berharap agar diberi peluang untuk 'bekerja' sempena Maulidur Rasul nanti. Sungguh, aku mula jatuh cinta pada gerak kerja Islami, walaupun pada mulanya aku berasa tidak layak untuk berada sebaris dengan mereka yang hebat ilmunya.

....

"Al waqtu al hayah." 
Waktu itu adalah kehidupan. teringat akan pesan Imam Ghazali dalam kitabnya Ayyuhal Walad.

Sebahagian daripada nasihat yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya ialah sabdanya baginda yang berbunyi:
"Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.
Allah..
dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadah kepada Allah), maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya, maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka." 


Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

Hari tidak menunggu untuk berlalu pergi kosong, tetapi menunggu kita melakar sesuatu amal!

No comments:

Post a Comment