Monday, 22 October 2012

Letih

memang letih, 
nak didik nafsu supaya istiqamah.

memang letih,
berperang antara keperluan, 
dan kemahuan.

dan aku, 
selalu kalah.

ya
memang letih,
bila musuh paling hebat,
sebenarnya adalah diri sendiri.




Allahumma inni a'uzubika min 'ilmin la yanfaq wa min qalbin la yakhshak wa min nafsin la tashbaq wa min da'watin la yustajabulaha."

ya Allah aku berlindung padaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dan dari hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan dari doa yang tidak didengari.

soundtrack semasa posting: lagu amr dhiab dari kereta arab mana tah. -.-

Sunday, 21 October 2012

Sampai bila?


sampai bila,
kau dengan "aku tak layak" kau tu?

teringat abang Is cakap, buang semua perasaan tu sebab itu semua dari syaitan. 

the only way to overcome your fear is to face it!

"what the mind can conceive and perceive, the body can achieve!"
its all in the mind.

think.

soundtrack semasa posting: bunyi motor lalu.

The beginning is always the hardest.



In the Name of Allah, the most Beneficent, the most Merciful.

(teringat lecturer biochem tulis ni dekat blackboard :'))


Bismillah. 
Assalamualaikum.

its been awhile since i last post anything. 
awkward.
terasa kaku jari jemari.

dakwah.
bukan berkala bukan bermusim.

semoga aku istiqamah,
tidak futur dan terus itqan dalam perjuangan ini.

doakan saya.

senyum.
(gaya Tuan Ibrahim Tuan Man ^^)

221012

soundtrack semasa posting: suara arab cakap cakap kat luar.

nota tepi: :') bila tengok previous posts..

Tuesday, 20 September 2011

maafkan aku.


aku hina.
aku lemah.
aku salah.
aku berdosa.
aku bukan wanita solehah.
aku bukan siapa siapa.
aku cuma hamba hina.
perilaku tidak terjaga.
bicaraku kadang tiada santunnya.
hatiku kadang berprasangka.
aku tahu.
aku malu.
maafkan aku.
maafkan aku.
takkan lagi ku ganggu hatimu.
biarlah Dia mengatur.
biarlah aku berundur.
if its meant to be, it will be.

Monday, 19 September 2011

saya hanya besi berkarat.

Setiap kali saya melintasi wall Fbnya, ya Allah..sangat cemburu. 
Saya memang tak mampu jadi sepertinya. 
Terlalu jauh peribadinya dengan saya. 
Dia langit, saya tanah. 
Dia permata, saya hanya besi berkarat. 
Hati jadi tertunduk malu. :'(

Tuesday, 13 September 2011

semua orang ada rahsia sendiri.
aku pun tak terkecuali.
sungguh aku malu dgn diriku ini.
walau dah lama ia berlalu pergi.
namun masih menghantui hati.
jahiliyyah dulu bagai meraih simpati.
sering menarik diriku untuk kesana lagi.
ya Allah kuatkanlah hati ini.
biarlah,
hanya Dia yang mengerti.
biarlah,
 aku menyimpannya sendiri.
semoga Allah meredhai..

Monday, 29 August 2011

Maafkan aku teman..


orang sering berkata..
kau siapa..berlagak alim pula..
macamlah kau tak pernah berdosa..
amal sendiri pun tak terjaga..
iman sendiri bergolak juga..
tak perlu memberi nasihat semua..
aku tahulah nak buat macammana..

ya aku sedar aku siapa..
tak pernah lepas dari dosa..
sering lupa bersyukur padaNya..
kadang bicaraku tersalah jua..
hatiku juga lemah mudah terasa..

bila aku menasihatimu..
bukan aku membencimu..
bukan aku mahu memalukanmu..
tapi aku menyayangimu..
dan itu memang menjadi tanggungjawabku..
aku tak mahu kau terus lena dibuai nafsu..
aku tak mahu kau selesa dengan jahiliyyah itu..
juga aku tak mahu kau ke neraka keranaku..

maafkan aku teman..
andai hati kau terluka saat nasihat diberikan..
andai kau terasa dipermalukan..

sebenarnya wahai teman..
bukan mudah bagiku melaksanakan..
berat dihati ini Allah saja yang merasakan..
aku juga punya hati dan perasaan..
tapi demi redha Allah aku gagahkan..

aku sedar semua ini cuma ujian..
aku sedar jalan dakwah itu bukan sembarangan..
amanah dari Allah mesti aku turutkan..
sudah tertulis dalam Al Quran..
sesungguhnya Allah bersama orang beriman..
janji Allah itu pasti dikotakan..